Saturday, February 23, 2013

AWESOME ENOUGH ? YAY OR NAY ?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Sudah sekian lamanya ku meninggalkan zaman berbelog ni. Al maklumlah zaman 2013 ni zaman Twitter & Instagram. Zaman Facebook & Blog ni pandang sebelah mata je. Dunia teknologi makin berkembang begitu juga dengan manusia makin lama makin berkembang (sebab malas). Haa yang pastinya bukan tu topik utama yang ingin dikupas. 

Saya akan membahasakan diri sebagai 'aku' dalam entri ni. Sebab kalau guna 'saya' untuk bercakap tentang ketidakpuasan hati, macam skema ah. Macam tak feel. Macam kau diam sekarang budak nerd ! Baiklah.

Anda merasakan diri anda begitu awesome ? Gah ? Bergaya ? Menarik ? Menawan ? (Sewaktu dengannya) 




Aku nak throw korang dalam satu situasi dan di penghujung nanti korang pilih jalan yang terbaik buat diri korang. Patut ke aku react macam tu ? Tanya diri sendiri. 

1) Soal gatal
    
Lelaki tak lari daripada perkataan gatal sebab itu lumrah diaorang and boleh di consider lagi. Tapi apabila dikaitkan dengan perempuan macam err err hello perempuan kau letak malu kau dekat kepala lutut ke ? Contoh situasi - Seorang daripada kawan korang yang jenis galok bercerita pasal lelaki 24 hours tanpa rasa jemu weh tahu tak dia add aku kat Facebook lepastu dia hantar message kat chatbox cakap dia suka aku. Tahu tak ? Padahal realitinya perempuan tu yang add yang beria bagai nak rak setelah disoal selidik. Lagi satu yang jenis semua lelaki dalam kelas/lecture hall tu dia kenal. Senang cerita semua dia nak lah. Nah hambek ! Nak sangat kan, gatal miang tahap naga apa kau ni ? Study pun terkontang-kanting lagi. Pantang aku tengok perempuan yang berperangai macam tu sekali. Tolonglah awak, awak tu perempuan. Behave like a lady not like a b*tch. Be a lady with a mind pleaseeeee. Kesian. 


Itu baru situasi pertama. Tak cukup lagi tu meh aku nak tambah situasi ke-2 pulak. Anda diluar sana cuba fikir dari persepsi masing-masing. Situasi ke-2 - Sekarang dah berjuta orang dah ada Facebook kan ? Makin lama makin aku tak faham kenapa ada sesetengah orang yang setiap 15 minit (tak kisahlah kan berapa minit pun) sikit-sikit ehh buat status tunggu kejap buat lagi. Tak salah nak buat status tu tapi janganlah sampai satu tahap orang cakap kalau bukak Timeline news feed tu je muka kau sikit-sikit muka kau, dahlah tiap masa buat status pasal cinta & lelaki. Are you don't have any life ? Tak cukup dengan tu tag pulak nama lelaki dan diakhiri dengan status yang kau buat tu dengan 'aww' lah macam-macam lah. Tak faham benor aku ! Ni macam mana ni boleh terapprove ni ? Macam mana ni ? Arghhhh. (Maaf ter'over' react lah pulak) Daripada persepsi aku lah kan, aci tak aku nak humban dia dalam gaung ? Nasib Malaysia ni ada undang-undang je. Kalau tak lama dah kau tu dalam gaung tu (nada serious). 

2) Serba tahu. 

Malu bertanya sesat jalan. Maka sesat lah kau buat selamanya. Ini satu lagi masalah negara, sejenis yang berlagak okay aku tahu semua tak kisahlah apa-apa pun pasal teknologi terkini ke hand phone ke social network ke apps ke trends sekarang ke. Anda merasa anda begitu awesome ? Tetttt salah ! Anda tak tahu apa pun haprak rupanya. 

Situasi 1- Kawan A anda memiliki phone yang dikira canggih lah & kawan-kawan yang lain nak tengok, jadi si A ni bagi tanpa sepatah ayat pun terkeluar dari mulut dia. Sedang sibuk kawan-kawan yang lain explore phone si A tu, tiba-tiba si B mula berkata-kata 'Kat rumah saya ada banyak phone tak tahu nak pakai yang mana' Hek eleh minah sorang ni, kata banyak sangat phone kan awat kau beli phone ? Ambik lah yang dah bertimbun dalam rumah kau tu. Haa nampak tak permainan dia kat situ ? Moral of the story is don't talk nonsense okay. Think before you act babe think ! 

Situasi ke-2 - Kawan si C bawak Galaxy Tab/iPad & sejenis dengannya ke kelas. The main purpose dia bawak adalah nak google-google maklumat. Kemudian, si D ternampak & berkata 'ehh saya ada jugak kat rumah, dalam Tab/iPad tu penuh dengan game angry bird'  Ye dok mung ? Ye dok ? Lama dah aku perati haa hati-hati. Orang yang ada Tab/iPad tu tak main pun angry angry bird pun lah. Game zaman bila tu ? Tu mujur tak tanya software dalam tu lagi kalau tanye tu haa krikkk krikkk lah jawabnya. Kalau u ada Tab/iPad tapi kenapa sibuk nak tanya orang macam mana nak download Whatsapp lah Viber lah Unblock Me lah macam-macam apps lagi lah. Padahal it's the same babe same ! Takde beza mana pun cara install dia. Jadi anda-anda diluar sana nampak tak apa yang cuba disampaikan ? Nampak tak ? Bagus. Moral of the story, mohon jangan berangan anda adapt with those new technologies & jangan cakap kalau sesuatu barang tu ada padahal dalam realiti hidup korang takde pun. Stop dreaming please darling. 

Situasi ke-3 - Situasi kali ni aku tak tahu nak elaborate macam mana jadi aku bagi sikit-sikit je okay ? Social network, anda lah legend kononnya biasalah tahu semua pasal Facebook. Facebook je pun nak kecoh. Takpe lah kita bagi dia okay ? Even pun Facebook. Kononnya lah ni tahu lah selok-belok Facebook tapi bila bukak je album photos masyaallah berterabur sekali ! Comment sikit dekat comment box tu 'sila manage album photos anda hahahaha ' Upload gambar satu keluar untitled album satu, upload satu lagi gambar dan keluar lagi untitled album. Hmm macam bertih jagung nak jadi popcorn dah bila tengok. Pastu macam cendawan tumbuh je album-album tu. Come on lah kata tahu semua kan ? Kalau tak tahu sila tanya okay ? Jangan diam dan jadi orang bodoh sombong. Nak mintak tolong saya manage awak punya album pun boleh tapi awak nak ke tanya saya ? Ke awak takut dengan saya ataupun awak tak boleh terima hakikat ada orang lain lebih daripada awak ? Awak rasa awak akan tergugat ? Merepek semua pemikiran awak tu. 

Situasi ke-4 - Jawapan kawan anda betul & cikgu pun dah tunjukkan jalan yang betul macam mana nak dapatkan jawapan tu tapi berdegil jugak nak betah ! Nak mempertikaikan jugak jawapan tu. Bila yang lebih arif terangkan tak boleh terima. Ya Allah, awak makan apa ni sampai keras kepala tak boleh terima pendapat orang lain. Awak nak awak jugak yang betul, haa apa kata awak duduk kat pulau ? Buat dunia sendiri. Boleh ? Shuh shuh main jauh-jauh ! Puihhhh ! 

3) Bajet kyellll (KL) sangat *mata ke atas tangan dibahu*

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Yang spesis macam ni pun dah makin banyak wujud atas bumi ni haih tak tahulah nak cakap apa. Cuma sabar sabar dan cuba bersabar sekuat yang mampu dan akhirnya meletus meletup kebabommmmmmm ! Pengaruh movie dah aku ni, action melebih-lebih pulak maaf sekalian. 

Situasinya - Selalu balik KL (Ampang lah Bangi lah Rawang lah Cheras lah) jarang balik situ. Payoh yang jenis tak mengaku asal usul ni. Padahal semua orang dah tahu awak tu duduk mana, korok kering mu KL. Balik lah sangat KL tu tapi kan tapi kan kalau awak tu budak KL, kenapa tak tahu 
buat email macam mana T.T Kenapa oh kenapa ? Kenapa tak tahu what apps are hot right now ? Kenapa ? Kenapa tak tahu tu ini padahal tu semua basic.  Budak-budak expect awak tahu semua tau. Jangan hancurkan expectation kami lol. 


P/S: Tidak ada kena mengena dengan yang hidup samada sebaliknya. It's just a random situation, 
       if you feel you're in that situation. Please change it, accept the reality. Don't talk merapu
       meraban padah hendaknya nanti. Mungkin bukan sekarang tapi akan datang. Face the reality 
       dude ! Face it ! Be the real you don't be like others, don't act like others cause everyone will
       accept the real you. 









    

No comments:

Post a Comment