Photobucket

Wednesday, February 15, 2012

I LEARNED THE REAL MEANING OF LOVE.

 LOVE IS ABSOLUTE LOYALTY 
P/S: Hamparkanlah kesetiaan anda seadanya kepada si dia, anda tidak akan rugi walaupun sedikit kerana kesetiaan merupakan tiang percintaan.


MOOD: SAD tssssk tsssk tsssk. I need friend to share :'(

Monday, February 13, 2012

SIAPA EXCITED SEKARANG NI ?

Assalamualaikum semua ! Haaiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! Hehehe sihat tak ? Kalau sihat alhamdulillah :) Kenapa dah lama saya tak update belog ? Mana saya menghilang ? Kenapa saya senyap tanpa berita ? Amboi  kemain senyap tanpa berita, saya ada je dekat Twitter tu. Elok je tweet macam-macam aicehmannnn hurhurhur.

Hari ini hari Isnin kan ? 2 hari lepas hari apa ? Sabtu ?!! Yeahh pandai ! *bagi cekelat sorang dua* Hari Sabtu ialah hari di mana saya menemani mommy saya pergi ke The Zenith Hotel, for what ? For looking the branded handbagsss (60% offer) Kalau tak kena naik KL nak beli handbagss semata-mata. Dekat Kuantan ada Coach ? LV ? Tod's ? Marc Jacob ? Gucci ? Takde-takde, aicehmannn ! So thanks to GLAMPOTsebab dapat memenuhi impian mommy saya *kesat air mata dengan selendang*


Oh ye, saya kan sebenarnya kan jumpa kan Haziq kan Sabtu tengah hari tu kan lepastu kan best kan sebab kan dia kan teman saya kan makan & jalan-jalan kan. Hehehehehehe tak kisah la orang cakap mengada ke gedik ke sebab KESOH MENDE HAKU. Bagi lah peluang dekat saya jumpa dengan dia. Alhamdulillah apa yang dirancang menjadi walaupun last minute kan Haziq ? 




Pagi, masa ni jam 10.00 at The Zenith Hotel, waiting for the handbagss. Excited bukan ? Pecah rekod for this February bangun awal wootwooot ! Sampai-sampai kena beratur tahu, line tersangatlah panjang, okay this is so SH*T ! 


See, the people were so crazy ! 

You see the red plastic bag ? Yes, handbag kita akan dibungkus dengan plastik tu to prevent daripada any changes with the other handbags inside. So wallet je yang allowed okay. This is why kenapa line begitu panjang, because satu-satu kena bungkus & our biodata kena ambil tau. Just chill :)

Kitaorang meet up dekat East Cost Mall. Ajik call saya or saya call dia (not sure), sekarang kat mana blablablablabla. Saya cakap, kita jumpa dekat Sri Arfa Restaurant la, I'm so hungry ! Bila saya dah sampai, saya intai then terfikir 'Takkan aku nak makan sorang-sorang & order sorang-sorang alahaii' Habis fikir, lagipun macam gaya lambat jea dia nak sampai lagi, take my breath and terjah saja masuk, janji I makan ! Bila nak push pintu tu, tiba ada someone cuit 'Siapa main cuit aku ni' Bila saya tengok dia and dia gelak baru saya perasan tu Haziq !! Hahaha OMG ! Malu gila rasa kalau dia perhatikan saya, jatuh glams camnik wuwu.


Siapa lagi omey ? Hehehehehe 


Tak lupa juga kepada photographer terbaik kita, Jannah :)


Thanks love for everything. Sekarang siapa excited ? Ehehehe. 

May Allah bless us. I love you alwayss and forever

Wednesday, February 1, 2012

IZINKAN HATI INI KEMBALI PADAMU ♥

Assalamualaikum :) (JAWAB yee)

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.

Pasti hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan dariNya ?
Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun.

Saya bukanlah pendakwah mahupun bergelar ustazah, tetapi saya hanya meluahkan apa yang saya rasa selama ni. Saya tahu saya tidaklah sebaik mana. Tapi saya nekad untuk membaiki diri saya supaya menjadi lebih baik. Amin.
Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri. Jadi saya memerlukan sokongan. & sedikit demi sedikit perubahan akan saya lakukan. InsyaAllah. Doakan untuk saya :) 
Sudah tiba masanya untuk saya berubah, alhamdulillah. Saya telah menemui titik perubahan tersebut.
Sini saya nak kongsikan, sebuah buku yang banyak mengajar saya ke arah kebaikan & menjadi wanita yang solehah pada masa akan datang. InsyaAllah.


I'll spend my whole time reading this book. If you see that I'm rarely online (FB), this is because of this book :) I found this book in my mommy's room. InsyaAllah, I'll finish this book :) Pray for me. 


'WANITA SEUMPAMA PERMATA DI DALAM KACA YANG SUKAR DISENTUH'

WOMEN ALL OVER THE WORLD ♥

Gambar hiasan 

Andai lelaki tahu. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andai lelaki tahu. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andai lelaki tahu. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andai lelaki tahu. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya
 mahu  menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna ♥

Gambar Hiasan

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu.                            

P/S:  Mungkin ada antara kalian dah pernah baca artikel di atas, saya hanya mengulanginya & membuat sedikit perubahan by highlight kan lagi perkataan-perkataan. Thanks to Fasihah Alias,(klik namanya untuk terbang ke blog dia) I copy from you :)