Photobucket

Wednesday, February 1, 2012

IZINKAN HATI INI KEMBALI PADAMU ♥

Assalamualaikum :) (JAWAB yee)

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.

Pasti hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan dariNya ?
Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun.

Saya bukanlah pendakwah mahupun bergelar ustazah, tetapi saya hanya meluahkan apa yang saya rasa selama ni. Saya tahu saya tidaklah sebaik mana. Tapi saya nekad untuk membaiki diri saya supaya menjadi lebih baik. Amin.
Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri. Jadi saya memerlukan sokongan. & sedikit demi sedikit perubahan akan saya lakukan. InsyaAllah. Doakan untuk saya :) 
Sudah tiba masanya untuk saya berubah, alhamdulillah. Saya telah menemui titik perubahan tersebut.
Sini saya nak kongsikan, sebuah buku yang banyak mengajar saya ke arah kebaikan & menjadi wanita yang solehah pada masa akan datang. InsyaAllah.


I'll spend my whole time reading this book. If you see that I'm rarely online (FB), this is because of this book :) I found this book in my mommy's room. InsyaAllah, I'll finish this book :) Pray for me. 


'WANITA SEUMPAMA PERMATA DI DALAM KACA YANG SUKAR DISENTUH'

No comments:

Post a Comment