Photobucket

Thursday, January 19, 2012

SENYUM : TANDA KETABAHAN ♥

Senyuman orang tua kita yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Cukup bahagia dan gembira bilamana mereka melihat anak-anak pulang kekampung, walaupun takda bawak apa-apa pun (aduyai).
Kadang-kadang mereka sembunyikan masalah sebenar, dengan mengantikan senyuman. Senyuman itu penawar duka :)
Berapa banyak kali kita senyum dalam sehari ? erkk aku pun tak tak tahu berapa kali. Tapi dalam sehari mesti ada maa. Bila berbicara tentang senyum. Adakah anda akan senyum secara tiba-tiba bila baca entry ini? Ingat orang gila ker apa senyum tiba-tiba.
Bila masanya kita akan senyum tanpa kita sedari?
Memang banyak perkara yang boleh kita senyum tanpa kita sedari. Kalau nak disenaraikan memang sangat banyak. Senyuman yang kita dapat dari orang lain buat hati ini pun senang hati ma.
Kuasa senyuman.
Kita percaya dengan kuasa senyuman ini mampu menundukkan ego yang sedang mengelegak (hati panas) apabila orang itu sedang sangat marah. Kita buat muka rileks, cool dia pun mesti cool punya. Pengalaman mengajar kita bagaimana cara untuk kita berkomunikasi dengan betul.
Pengaruh Senyum:
Seorang muslim memandang hal ini dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah bahagian dari mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah. Para pakar dari kalangan muslim mahupun non muslim melihat seuntai senyuman sangat besar pengaruhnya.
Nah, janganlah asik nak bermasam muka jer. Mulakan hari anda dengan senyuman. Tapi kadang-kadang kena ikut mood juga, jangan diikutkan sangat. Agak-agak siapa rakan-rakan kita yang susah sangat nak senyum? (sedang memikirkan siapa kawan aku yang susah nak senyum)
P/s: Kena senyum sepanjang bertugas, (masa kerja part time jadi promoter). Sesiapa yang jadi promoter tu yee.
1# Terlebih senyum kalau macam nie, ada faham ?
2# Senyum terbukak sikit mulut. Ada faham ?

So, mana satu pilihan senyuman korang ? Lu pikirlah sendiri !

No comments:

Post a Comment